Monday 24 February 2014

TAARUF - SALAM PERKENALAN





 









“ AIR DARI TUHAN UNTUK MANUSIA”

...Air adalah sumber kehidupan
...Air menyerap udara panas dan mengeluarkan hawa yg dingin
...Air menciptakan suasana damai
...Aromanya memberikan kesenangan
...Dan suaranya yang bergemercik menciptakan ketenangan
...Air adalah elemen kesucian, kebersihan dan ritual
...Air memberikan efek positif untuk fizikal, minda dan jiwa


www.facebook.com/akarminda/info
www.facebook.com/akarminda/photos_albums

 

1 – KOLAM SISTEM EKOLOGI
 

a) Ekosistem yang stabil untuk + perkembangan ikan yang sihat + air yang bersih,
sihat dan membawa kehidupan.

b) Rekabentuk dan binaan kolam kami sentiasa dibersihkan secara semulajadi oleh
rangkaian gabungan oleh tumbuhan akuatik, ikan, lumut di permukaan dinding dan
lantai beserta organisma mikro (zooplankton & fitoplankton) termasuk bakteria baik
yang wujud secara secara semuajadi, hasil dari sistem yg direka oleh kami.

c) Bahan buangan organik dipecahkan melalui tindakan organisma mikro ke dalam
bentuk yang lebih kecil supaya tumbuh-tumbuhan air boleh menyerap dalam bentuk
nutrien.

d) Bahan penapis kami bekerja sama kaedahnya seperti sistem ekologi alam semula
jadi dimana penyelenggaraannya amat mudah.

e) Hasilnya air yang berkualiti dari oksigen yang cukup, bilangan nitrat/ammonia
yang rendah, paras suhu yang tepat, kadar PH yg stabil yg telah diseimbangkan
oleh EKOSISTEM.

f) Sistem kolam kami adalah  mesra alam, kos efektif dan  sihat untuk ikan dan
tumbuhan kolam. 


2 – JENIS – JENIS KOLAM

Kami merekabentuk dan membina kolam buatan dimana bentuk serta pergerakan
airnya dikendalikan oleh teknologi. Strukturnya menggunakan batu bata, simen,
lapisan kalis bocor dan jika perlu menggunakan kerangka besi untuk pembuatan
dasar dan dinding kolam. Pergerakan airnya di operasikan oleh sistem pum /
penapisan dan dialirkan melalui paip air keluar dan masuk.
Kelebihan kolam buatan ini ialah ia boleh direka serta dibina dalam pelbagai bentuk,
dihadirkan di mana-mana sahaja di halaman rumah, spa / salon, restoran / kafe,
kedai, pejabat dan lain-lain :

a) Kolam jenis Semi – Raised Pond
b) Kolam jenis Sunken pond
c) Kolam jenis Raised Pond

 


3 – “WATER FEATURES”

“Water features” terdiri dari yang deras serta riuh, mengalir sayup-sayup, airnya terpercik, menyembur atas & bawah atau hanya turun membasahi dinding dihiasi dengan efek lampu atau sinar matahari :

a) Water Fall
b) Water Wall
c) Water Spout
d) Water Curtain
e) Water Fountain
 


4 – PELENGKAP KOLAM

Agar kolam kami nampak lebih hidup dan mempersona, elemen- elemen berikut kami
sampingkan untuk melengkapkan suasana :

a) Tanaman Air
b) Ikan Hias
c) Batu Alam
d) Elemen Penunjang – Pasu, water spout, kotak lampu, panel ukiran, tempayan dan
sebagainya.